Menjelang Tahun Baru China, Presiden China, Hu Jintao menziarahi penduduk di bandar Jinggangshan, Provinsi Jiangxi untuk merayakan Tahun Baru China bersama-sama dengan mereka.
Ketika berbual-bual dengan bekas askar Tentera Merah, Hu Jintao menyatakan, kini rakyat China sekarang berusaha memelihara pembanguan sosioekonomi dengan stabil dan agak pesat, serta mendorong pembangunan masyarakat kaya.
Hu Jintao juga mengadakan tinjauan ke pasar raya tempatn. Beliau menuntut pekerja di pasar raya supaya menyediakan pelbagai barangan dengan harga yang stabil sehingga penduduk boleh membeli barangan yang puas hati. Selain itu, beliau juga menuntut jabatan yang bertanggungjawab atas bekalan elektrik tempatan supaya menjamin bekalan elektrik kepada penduduk dalam tempoh merayakan Tahun Baru China.