Hari ini ialah hari pertama Tahun Baru China, juga merupakan Tahun Baru China yang pertama bagi penduduk Sichuan pasca gempa Wenchuan. Perdana Menteri China, Wen Jiabao merayakan Tahun Baru China bersama-sama dengan rakyat di kawasan bencana gempa Sichuan pada 24 hingga 25 Januari lalu.
Pada 24 Januari lalu, Wen Jiabao meletakkan kalungan bunga bagi mangsa-mangsa bencana di tapak peninggalan kota Kaunti Beichuan untuk menyampaikan takziah kepada mereka. Pada malam 25 Januari lalu, iaitu malam menjelang Tahun Baru China, Wen Jiabao mengucapkan selamat Ttahun Baru China kepada setiap keluarga yang menetap dalam rumah sementara di pekan Yingxiu dan makan malam bersama-sama dengan mereka.
Selain itu, Wen Jiabao juga melawat tiga kampung yang terjejas teruk dalam bencana gempa. Beliau mengucapkan selamat Tahun Baru Chinakepada penduduk di ketiga-tiga kampung tersebut.
Wen Jiabao juga makan malam bersama-sama dengan murid-murid di Sekolah Menengah Beichuan yang mengalami kerosakan teruk dalam gempa itu dan menikmati pembakaran mercun dan bunga api bersama-sama dengan mereka.