Pesta Tahun Baru China 2009 dirasmikan oleh Puteri Sirindorn di jalan Yaowarat, iaitu "China Town" di Bangkok semalam. Hadir sama ialah Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva dan Naib Menteri Kebudayaan China, Puan Zhao Shaohua.
Aktiviti tersebut akan berlangsung selama seminggu. Lebih 160 orang seniman dari Guangxi, Hainan dan Anhui China akan membuat persembahan tarian, opera, akrobat dan Wushu untuk para penonton Thailand.