Perdana Menteri China, Wen Jiabao berlepas dari Beijing dan memulakan lawatan ke Eropah hari ini. Beliau akan melawat Switzerland, Jerman, Spanyol, Britain dan ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU). Selain itu, beliau juga akan menyertai Sidang Tahunan 2009 Forum Ekonomi Dunia. Pegawai Kementerian Luar China menegaskan, matlamat lawatan Wen Jiabao kali ini adalah untuk mendorong perkembangan hubungan China-Eropah, dan meningkatkan keyakinan masyarakat antarabangsa untuk menangani krisis kewangan.
Lawatan Wen Jiabao kali ini merupakan lawatan ke luar negeri yang pertama dari pemimpin-pemimpin China pada tahun ini. Dalam latar belakang kesan krisis kewangan antarabangsa yang semakin serius, dan hubungan China-Eropah yang mengalami kelikuan, pihak rasmi China menyebut lawatan t=ini sebagai "lawatan keyakinan". Penolong Menteri Luar China, Wu Hongbo menjelaskan:
"Lawatan ini adalah untuk menunjukkan keazaman China untuk mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, serta menggalakkan pembangunan ekonomi. Selain itu juga untuk menunjukkan keyakinan China untuk bersama-sama dengan Eropah mendorong hubungan rakan strategik yang menyeluruh dan meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak. Akhir sekali, lawatan ini juga untuk memperlihatkan keyakinan China untuk mendorong perpaduan dan kerjasama masyarakat antarabangsa dan mengatasi kesukaran."
Dalam lawatan Wen Jiabao kali ini, dua aktiviti amat diperhatikan, iaitu melawat ibu pejabat EU dan menyertai Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia. Kerana Presiden Perancism, bekas negara pengerusi bergilir EU, Nicolas Sarkozy bertemu dengan Dalai, rundingan pemimpin China-Eropah Ke-11 terpaksa ditangguhkan sehingga hubungan kedua-dua pihak tersebut berkembangan tidak lancar. Dalam lawatan ke ibu pejabat EU kali ini, Wen Jiabao akan bertemu dengan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jose Manuel Barroso dan Setiausaha Agung Majlis EU yang juga wakil kanan Kesatuan Eropah yang Bertanggungjawab atas Dasar Luar dan Keselamatan, Javier Solana Madariaga untuk bertukar-tukar pandangan tentang prinsip panduan hubungan China-Eropah dan mendorong perkembangan berterusan hubungan kedua-dua pihak.
Selain melawat ibu pejabat EU, Wen Jibao juga akan melawat Switzerland, Jerman, Spanyol dan Britain. Dalam tempoh lawatan tersebut, Wen Jiabao akan mengadakan rundingan dengan pemimpin kerajaan keempat-empat negara tersebut agar mendorong hubungan dua hala. China akan menandatangani beberapa dokumen kerjasama yang penting dengan keempat-empat negara tersebut dan EU yang berkaitan dengan sektor-sektor ekonomi, perdagangan, pelaburan, sumber tenaga, sains dan teknologi, kebudayaan dan pendidikan. China berkemungkinan mengeluarkan dokumen bersama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan kerjasama kewangan dan ekonomi.
Wen Jiabao kali pertama menghadiri Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia yang akan diadakan di Davos, Switzerland sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri pada enam tahun yang lalu. Sidang Tahunan kali ini bertema "membentuk semula dunia selepas krisis kewangan". Pelbagai pihak akan mengadakan perbincangan tentang kaedah menangani krisis kewangan dan ancaman kemorosotan ekonomi dunia.
Dalam Sidang Tahunan tersebut, Wen Jiabao akan menyampaikan ucapan dan bertemu dengan Pengerusi Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab. Wen Jiabao akan memaklumkan tindakan China untuk menangani krisis kewangan kepada masyarakat antarabangsa, dan membincangkan tindakan untuk menangani krisis dengan pemimpin dari lebih 40 buah negara dan lebih 200 orang pegawai kanan kerajaan serta pegawai pelbagai pertubuhan antarabangsa.
Jurucakap Kementerian Luar China, Jiang Yu menyatakan:
"China berharap lawatan kali ini dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan masyarakat antarabangsa supaya pelbagai pihak berusaha bersama-sama untuk menangani krisis kewangan antarabangsa. China juga berharap supaya meningkatkan kata sepakat strategik dengan keempat-empat negara tersebut dan EU melalui lawatan kali ini, meningkatkan kerjasama yang pragmatik dan menorong perkembangan berterusan hubungan rakan strategik China-Eropah".