Pada hari pertama bagi Tahun Lembu menurut kalendar China, Presiden Hu Jintao meneruskan tinjauan di bandar Nanchang, ibu kota provinsi Jiangxi untuk menziarahi penduduk dan menyampaikan "Selamat Tahun Baru China" kepada mereka.
Pada sebelah pagi, Hu Jintao bertolak ke stesen kereta api Nanchang untuk mendapat maklumat keadaan penjualan tiket kereta api. Beliau menyampaikan salam kepada kakitangan di stesen kereta api itu dan menggalakkan mereka berusaha mencari akal bagi memudahkan pelancong semasa membeli tiket. Ketika meninjau Kumpulan Guohong Jiangxi, iaitu satu syarikat perindustrian pertanian yang amat besar di Jiangxi, Hu Jintao mengarahkan syarikat ini berusaha menyediakan peluang kerja kepada kaum tani yang sudah pulang kampung masuk semula ke bandar untuk mencari rezeki, dan membantu mereka meningkatkan pendapatan.
Dalam tempoh lawatan di Nanchang, Hu Jintao mendengar laporan kerja anjuran kerajaan tempatan. Beliau menggalakkan kawasan tengah di negara ini memegang peluang untuk membangunkan provinsi Jiangxi menuju ke arah lebih makmur.