
26 haribulan Januari ialah hari pertama bagi Tahun Lembu menurut kalendar China. Penduduk di pelbagai kawasan China merayakan hari raya tradisional ini dengan aktiviti yang beraneka ragam.

Mengunjungi Pesta Kuil merupakan acara utama dalam perayaan Tahun Baru China. Di pesta kuil Changdian yang diadakan lapan kali tahun demi tahun secara berturut-turut, persembahan yang bermacam-macam telah mendatangkan kegembiraan kepada orang awam.

Pada pukul 9.00 pagi semalam, persembahan untuk masyarakat etnik Qiang diadakan di kawasan rumah kayu yang baru dibina di pekan Leigu, kaunti Beichuan Sichuan. Para penduduk etnik Qiang masing-masing memapai pakaian yang cantik dan menari dalam irama muzik etnik Qiang.
Selain itu, di Wilayah Autonomi Tibet, hampir 70 ribu penduduk bandar yang terlibat dalam sistem jaminan kehidupan minimum dan pencenan daripada syarikat milik negara telah diberi subsidi yang disalurkan kerajaan semasa hari raya. Di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, penduduk pelbagai etnik minoriti bersama-sama dengan penduduk bangsa Han merayakan Tahun Baru China.








