Menurut kajian pendapat menerusi telefon yang dijalankan oleh syarikat CTR, persembahan CCTV sambutan Tahun Baru China yang disiarkan pada malam sebelum ketibaan Tahun Lembu memperoleh rating penonton sebanyak lebih 95%.
Sejak disiarkan oleh CCTV pada tahun 1983, persembahan malam seumpama itu telah menjadi pilihan pertama bagi keluarga China dalam menunggu ketibaan Tahun Baru China.
Lebih 80% keluarga yang terlibat dalam kajian pendapat tersebut menganggap persembahan kali ini amat menarik.