Sidang Tahunan 2009 Forum Ekonomi Dunia (WEF) dirasmikan di Davos, Switzerland hari ini. Sidang tahunan yang akan diadakan selama 5 hari ini bertema "pembangunan semula dunia pasca krisis" dan akan membincangkan tindakan selanjutnya untuk menangani krisis kewangan dan kemerosotan ekonomi dunia serta mengkaji struktur baru ekonomi pasca krisis sejagat.
Lebih 2500 peserta dari 96 buah negara menghadiri sidang tahunan kali ini. Antaranya termasuk lebih 40 orang pemimpin kerajaan, lebih 30 orang ketua pertubuhan antarabangsa serta gabenor bank pusat dan menteri kewangan dari hampir 40 buah negara.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan mengetuai delegasi China menghadiri sidang tahunan tersebut. Beliau akan memberi ucapan yang menerangkan dasar China untuk menangani krisis kewangan dalam sesi khas hari ini. Beliau akan membuat seruan supaya pelbagai negara meningkatkan keyakinan dan mengatasi kesukaran melalui kerjasama sejagat.