Cari:
Rakyat China Menyambut Tahun Baru China dalam Suasana Meriah
2009-01-28 15:54:16 CRI Cetak

Tahun Baru China merupakan hari kebesaran yang terpenting bagi rakyat China. Mereka dengan beria-ria membeli-belah, berkumpul beramai-ramai dengan anggota keluarga serta menziarahi sahabat. Suasana di China amat meriah.

Encik Liu Jinli, penduduk bandar Zhengzhou, provinsi Henan di bahagian tengah China merupakan seorang warga emas yang sudah bersara. Anak lelakinya tidak dapat balik ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baru China bersama-sama keluarganya pada beberapa tahun yang sudah-sudah kerana sibuk bekerja di Guangdong. Pada tahun ini, anak lelakinya membawa isteri dan anak balik ke kampung dengan awal untuk menyambut Tahun Baru China bersama-sama ayahnya. Liu Jinli berkata, "Anak lelaki dan anak perempuan serta cucu saya telah balik ke rumah untuk menyambut Tahun Baru China. Saya menyediakan 12 jenis masakan serta dumpling yang lazat untuk mereka. Suasana di rumah saya agak meriah."

Walaupun krisis kewangan sedang merebak di seluruh dunia, tetapi rakyat China giat membeli barangan untuk menyambut Tahun Baru China. Kedai-kedai di bandar Guangzhou, bahagian tenggara China telah mengadakan aktiviti jualan hebat untuk menyambut Tahun Baru China. Aktiviti tersebut berlangsung sehingga 2 Februari nanti dan jumlah potongan daripada harga penuh mencatat 400 juta yuan RMB. Jiang Chao'e, seorang penduduk di bandar itu berkata, "Saya telah membeli banyak pakaian dan kasut dalam jualan hebat kali ini. Pada masa dahulu, ibu saya bertanggungjawab membeli barangan untuk menyambut Tahun Baru China, dan saya hanyalah membeli makanan ringan sahaja. Jualan hebat kali amat menarik dan harga barangan agak murah."

Pesta dan pelbagai aktiviti perayaan merupakan acara yang menarik bagi rakyat China untuk menyambut hari kebesaran tersebut. Beijing, ibu negara China telah mengadakan pesta tersebut di lebih 10 tempat. Terdapat ramai penduduk mengambil peluang itu untuk membeli kraf tangan tradisional sebagai hiasan rumah. Puan An Jing, pengurus kedai kraf tangan di Beijing berkata, "Pelanggan amat suka membeli kraf tangan tradisional seperti guntingan kertas untuk menghiasi rumah mereka ketika menyambut hari kebesaran itu."

Aktiviti menyambut Tahun Baru China di desa juga beraneka jenis dan meriah. Puan Miao Shuhua dari kampung Miaowan, bandar Luoyang di bahagian tengah China sedang memasak kuih-muih untuk menyambut hari kebesaran itu. Guo Guo, cicinya yang comel berkata, "Saya mempelajari cara memasak kuih-muih daripada nenek saya. Selain untuk makan sendiri, keluarga saya juga menghadiahkan kuih-muih itu kepada kawan-kawan dan saudara mara untuk menyambut Tahun Baru China."

Kaunti Wenchuan, provinsi Sichuan dan kawasan di sekitarnya telah dilanda gempa bumi yang teruk pada 12 bulan Mei lalu. Sejumlah besar mangsa yang rumah mereka musnah dalam bencana tersebut telah pindah ke rumah yang baru dengan bantuan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat. Seorang mahasiswa dari Universiti Maktab Sichuan, Wang Jinxiang berasal dari pekan Leigu, kaunti Beichuan yang dilanda gempa dengan teruk. Rumahnya telah runtuh dalam bencana tersebut. Kini, keluarganya telah pindah dari khemah ke rumah yang baru. Katanya, "Semoga semua anggota keluarga saya hidup dengan sihat dan tenang. Saya juga berharap mendapat peluang kerja yang baik kelak."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China