Cuaca di pelbagai tempat di China ketika percutian Tahun Baru China amat baik dan jumlah pelancong yang melawat tempat-tempat tersebut juga meningkat secara besar-besaran.
Menurut statistik daripada badan kerajaan yang berkenaan, jumlah pelancong yang melawat pelbagai destinasi pelancongan dan pesta menyambut Tahun Baru China di Beijing meningkat secara berterusan.
Kawasan Gunung Changbai yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di bahagian timur laut China telah menerima kunjungan seramai 3980 orang pelancong semalam, dan meningkat lebih 20% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Selain itu, sejumlah besar pelancong dari China dan negara-negara Asia Tenggara amat berminat untuk bermain ski di kawasan timur laut China.
Selain itu, jumlah pelancong yang melawat bandar raya Shanghai ketika percutian Tahun Baru China ini meningkat lebih 10% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.