Cari:
Media Britain dan Jerman Nilai Tinggi Lawatan Wen Jiabao ke Eropah
2009-01-30 09:49:31 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengadakan lawatan rasmi ke Eropah bermula 27 Januari lalu, dan menghadiri Sidang Tahunan 2009 Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang diadakan di Davos, Swizterland. Baru-baru ini, media Britain dan Jerman telah menilai tinggi lawatan Wen Jiabao tersebut.

Media utama di Britain telah membuat liputan tentang ucapan Wen Jiabao dalam Sidang Tahunan 2009 WEF semalam. Akhbar Financial Times menyatakan bahawa ucapan Wen Jiabao yang penuh keyakinan merupakan perbandingan yang ketara bagi suasana pesimis dalam sidang kali ini. Akhbar The Guardian dan Daily Telegraph pula dalam rencananya berkata, Wen Jiabao menegaskan ekonomi China telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, beliau juga melahirkan keyakinan China bersama-sama dengan negara-negara lain untuk mengatasi krisis kewangan sekarang ini.

Media dari Jerman juga memberi penilaian tinggi terhadap lawatan Wen Jiabao ke negaranya. Akhbar Handelsblatt menyiarkan rencana yang berbunyi, sektor ekonomi Jerman memandangkan China sebagai rakan penting ketika krisis kewangan melanda dunia. China mengeluarkan pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah 4000 bilion yuan Renminbi. Ini akan menyediakan peluang kepada sektor perindustrian dan perniagaan Jerman, dan juga akan memberi sokongan bagi eksport Jerman.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China