Hari ini merupakan hari kelima Tahun Baru China. Pelbagai jenis aktiviti sambutan Tahun Baru China diadakan di seluruh negara.
Pesta tanglung merupakan aktiviti tradisional China untuk menyambut tahun baru. Taman Daguan di Bandar Kunming, Provinsi Yunnan, selatan China telah dihiasi dengan lebih 60 unit tanglung yang beraneka jenis dan berwarna-warni. Di Bandar Nanjing, timur China pula, sebuah tanglung Jepun yang tingginya 2.2 meter, lebarnya 2.6 meter buat kali pertama dipamerkan dalam pesta tanglung Tokong Confusius Nanjing.
Shennongjia di Provinsi Hubei yang digelar sebagai "Bandar Salji di Selatan China" telah menarik ramai pelancong untuk bermain ski.
Pameran barang kesenian rakyat yang diadakan di Bandar Xining, Provinsi Qinghai, barat laut China juga menarik ramai pelawat.