Penganalisis menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China tahun ini masih menghadapi cabaran yang serius disebabkan pengaruh penurunan ekonomi global. Tetapi, ekonomi di China tahun ini berkemungkinan dapat pulih ekoran beberapa dasar kerajaan bagi memperluas permintaan dalam negeri pada tahun lalu. Pakar ekonomi dari Akademi Sains dan Sosial China, Wang Tongsan menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China tahun ini dijangka mencatat 8% hingga 9%.
Demi menangai situasi ekonomi di dalam dan luar negeri yang serius pada separuh tahun kedua tahun lalu, kerajaan China dengan tepat pada waktunya telah menyusun semula dasar kawalan makro, melaksanakan dasar kewangan yang positif dan dasar mata wang yang longgar sederhana, melaksanakan beberapa dasar bagi meningkatkan permintaan dalam negeri, meningkatkan pelaburan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Disebabkan beberapa dasar dilaksanakan satu demi satu, data pertumbuhan ekonomi China mempunyai perubahan yang positif pada bulan Disember tahun lalu, termasuk jumlah bekalan mata wang, jumlah keseluruhan pinjaman wang, jumlah keseluruhan jualan runcit barangan kegunaan seharian telah meningkat dengan pesat, kadar pengeluaran dan pengedaran produk industri juga pulih segera. Pengulas khas CRI yang juga pakar ekonomi dari Pusat Kajian Ekonomi China dan Dunia, Yuan Gangming menyatakan bahawa peningkatan ekonomi pasti akan bersandar pada pelaburan sosial, khususnya pelaburan syarikat bukan milik negara kerana kadar ekonomi swasta lebih tinggi daripada ekonomi syarikat milik negara. Kami giat mengambil cara pinjaman wang yang longgar untuk membantu pelaburan swasta meningkat dan pelaburan kepada syarikat tersebut mempunyai pasaran yang lebih luas.
Rancangan pelaksanaan pembaharuan sistem perubatan dan kesihatan telah diluluskan oleh Dewan Negara China baru-baru ini. Menurut rancangan tersebut, kerajaan China akan memperuntukkan 850 bilion yuan RMB dalam tempoh 3 tahun akan datang untuk memperbaiki syarat perubatan kaum tani dan penduduk awam di bandar, dan mengurangkan beban bayaran perubatan mereka.
Beliau menyatakan bahawa demi meningkatkan permintaan dalam negeri, isu yang amat pentingnya ialah menyelesaikan kebimbangan orang awam dalam membelanja. Kami akan berusaha untuk meningkatkan pembinaan projek yang berkait dengan kehidupan orang awam, misalnya meningkatkan jumlah pelaburan pendidikan di sekolah dan perubatan kesihatan awam.