Perdana Menteri, Wen Jiabao semalam tiba di Madrid untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara itu. Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luis Rodrigues Zapatero telah mengadakan pertemuan dengan Wen Jiabao pada malam semalam. Kedua-dua pihak menegaskan akan mempererat kerjasama untuk menangani krisis kewangan antarabangsa, terus mendorong pembangunan hubungan rakan strategik China-Sepanyol secara menyeluruh.
Selepas pertemuan itu, kedua-dua pihak telah menandatangani beberapa dokumen kerjasama yang meliputi kewangan, penerbangan, tenaga, telekomunikasi dan kerjasama syarikat. Selain itu, kerajaan kedua-dua negara juga mengeluarkan kenyataan bersama yang menekankan terus mempergiat hubungan rakan strategik menyeluruh kedua-dua negara. Wen Jiabao juga menemui Raja Sepanyol, Juan Carlos I dan bertemu dengan wakil usahawan kedua-dua negara bersama-sama Jose Luis Rodrigues Zapatero semalam.