Cari:
Jumlah Keseluruhan Logistik Masyarakat China Pada Tahun 2009 Dijangka Meningkat 21.8%
2009-01-31 15:49:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pusat Penyelidikan Sains Ramalan Akademi Sains China baru-baru ini mengeluarkan "Ramalan Ekonomi China 2009" yang meramalkan bahawa jumlah keseluruhan logistik masyarakat China pada tahun 2009 akan mencapai 117 ribu bilion yuan RMB, meningkat 21.8% berbanding tahun 2008.

Berdasarkan ramalan tersebut, industri logistik China akan mengekalkan pertumbuhan yang mantap dan pesat pada tahun 2009, namun, struktur permintaan logistik masyarakat akan berubah. Permintaan terhadap produk pertanian dan sumber yang boleh diperbaharui akan banyak meningkat dalam perkhidmatan logistik. Jumlah keseluruhan logistik masyarakat akan mengekalkan pertumbuhan yang pesat. Di samping itu, dipengaruhi oleh pengurangan permintaan antarabangsa, meneroka pasaran dalam negeri akan menjadi tugas paling penting bagi pelbagai syarikat logistik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China