Cari:
Wen Jiabao Bertemu dengan Pegawai Kanan Kesatuan Eropah
2009-01-31 15:50:10 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengadakan pertemuan dan rundingan secara berasingan dengan Perdana Menteri Cezch yang juga Pengerusi Bergilir Kesatuan Eropah, Mirek Topolanek dan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Jose Barroso di ibu pejabat Kesatuan Eropah di Brussels semalam. Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus mendorong perkembangan hubungan rakan strategik secara menyeluruh China-Kesatuan Eropah. Di samping itu Perdana Menteri Wen Jiabao dan Jose Barroso menyatakan bahawa China dan Kesatuan Eropah akan mengadakan dialog ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi kali kedua pada bulan April nanti dan bersetuju mengadakan pertemuan antara pemimpin kedua-dua pihak dengan seawal mungkin.

Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Cezch, Mirek Topolanek, Wen Jiabao berkata, China yakin, hubungan China-Kesatuan Eropah akan berkembang secara sihat dan baik berdasarkan prinsip saling menghormati, tidak mencampuri urusan dalaman antara satu sama lain dan prinsip saling menguntungkan.

Ketika mengadakan rundingan dengan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah Jose Barroso pula, Wen Jiabao menegaskan bahawa peningkatan kerjasama dalam menangani krisis kewangan global merupakan tugas utama kedua-dua pihak pada masa ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China