Perdana Menteri, Wen Jiabao tiba di London pada petang semalam waktu tempatan untuk mengadakan lawatan rasmi di negara itu. Britain merupakan destinasi terakhir dalam lawatan Wen Jiabao ke Eropah kali ini.
Dalam ucapan yang diberikan di lapangan terbang, Wen Jiabao berharap lawatannya akan menjadi titik permulaan baru bagi hubungan persahabatan rakyat dan hubungan kerajaan kedua-dua negara. Beliau pula menyatakan, situasi antarabangsa kini semakin rumit dan tidak menentu, China dan Britain mempunyai misi yang sama dalam memelihara kedamaian dunia, mendorong pembangunan bersama dan menangani krisis kewangan antarabangsa. Beliau yakin dengan usaha bersama kedua-dua pihak, hubungan rakan strategik China-Britain yang menyeluruh akan menjadi semakin kukuh.
Lawatan Wen Jiabao kali ini di Britain merupakan susulan lawatan rakan sejawatannya dari Britain, Gordon Brown ke China pada tahun lalu, dan juga untuk melaksanakan mekanisme pertemuan tahunan Perdana Menteri kedua-dua negara. Dalam tempoh lawatannya, Wen Jiabao akan mengadakan pertemuan dengan Brown dan berkongsi pandangan dengan tokoh-tokoh politik, perniagaan dan kewangan tempatan.