Cari:
Wen Jiabao Temui Wakil Ahli Perniagaan China dan Britain
2009-02-01 16:35:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China menentang fahaman perlindungan perdagangan dan tidak menyasarkan lebihan dagangan. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao di London ketika mengadakan pertemuan dengan wakil ahli perniagaan China dan Britain.

Semasa mengadakan pertemuan dengan "peneroka" perdagangan China-Britain, Presiden Kelab Kumpulan 48, Jack Perry dan wakil-wakil pertubuhan "Pengecai Ais Pemuda", Wen Jiabao menegaskan bahawa China mahu mengimport teknologi, kelengkapan dan barangan secara besar-besaran dari Britain dan Kesatuan Eropah.

Wen Jiabao juga membincangkan isu-isu seperti kerjasama ekonomi, pertukaran kebudayaan dan pendidikan serta nilai RMB dengan wakil-wakil dari pertubuhan "Pengecai Ais Pemuda". Beliau berkata, menghadapi krisis kewangan global, mengekalkan kestabilan nilai RMB bermanfaat bagi ekonomi dunia.

Wen Jiabao juga bertemu dengan pegawai badan kewangan China di Britain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China