Cari:
Pasaran Pelancongan Agak Rancak Sepanjang Cuti Tahun Baru China
2009-02-01 14:22:33 CRI Cetak
Pasaran pelancongan domestik agak rancak sepanjang cuti Tahun Baru China. Jumlah pelancong dan pendapatan sektor pelancongan masing-masing menyaksikan pertumbuhan yang besar.

Dalam tempoh tujuh hari lalu, jumlah pelancong yang keluar melawat tempat lain dan pendapatan sektor pelancongan masing-masing meningkat kira-kira 15%. Antaranya, jumlah pelancong ke Beijing mencatat angka lebih 3 juta orang, meningkat 20% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah pendapatan pelancongan di bandar raya tersebut pula mencatat angka lebih 2 bilion yuan RMB, meningkat lebih 30%.

Selain itu, jumlah pelancong China yang melawat ke luar negara, terutamanya Asia Tenggara, Jepun dan Republik Korea juga menyaksikan pertumbuhan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China