Cari:
Jualan Runcit Barangan Pengguna Musim Perayaan Tahun Baru China Meningkat 13.8%
2009-02-01 10:15:32 CRI Cetak

Jumlah keseluruhan jualan runcit barangan pengguna mencatat 290 bilion yuan Renminbi dalam sepanjang musim perayaan Tahun Baru China, iaitu pada 25 hingga 31 Januari ini. Jumlah itu meningkat 13.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Demikian statistik yang diumumkan Kementerian Perdagangan semalam.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai aktiviti promosi, seperti pesta membeli-belah, telah diadakan di seluruh negara. Kedai-kedai di Beijing, Shanghai dan Shandong masing-masing mengambil tindakan seperti menawarkan potongan dan cabutan bertuah untuk menggalakkan pembelian. Di pasaran desa pula, jumlah jualan barangan elektrik untuk kegunaan rumah meningkat dengan ketara. Kadar peningkatan jualan barang tersebut bagi beberapa syarikat peneraju mencatat 25% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China