Dalam lawatannya, Wen Jiabao telah berkongsi pandangan dengan pemimpin negara-negara yang berkenaan serta pemimpin EU berhubung dengan hubungan dua hala, hubungan China-Eropah dan kaedah mengatasi krisis kewangan. Antara 38 perjanjian kerjasama yang ditandatangani dengan pihak-pihak, meliputi pembelian teknologi, pelaburan, perdagangan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu, China juga mengeluarkan kenyataan bersama dengan Jerman, EU, Sepanyol dan Britain, yang menyatakan kesediaan masing-masing untuk mempererat kerjasama dalam menangani krisis sekarang.
Sebelum mengakhiri lawatan tersebut, Wen Jiabao membuat kesimpulan bahawa muafakat dan kerjasama antara China dengan Eropah ini memberikan teladan yang baik kepada masyarakat antarabangsa. Jadi, menurut beliau, kedua-dua pihak hendaklah terus berusaha untuk menyumbang kepada kewujudan dunia yang harmoni dan pembangunan masyarakat secara berterusan.