Cari:
Wen Jiabao Akhiri Lawatan di Britain
2009-02-03 11:15:51 CRI Cetak

Perdana Menteri, Wen Jiabao telah mengakhiri lawatan rasminya selama tiga hari di Britain semalam dan pulang ke China dengan menaiki kapal terbang khas.

Wen Jiabao telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Britain, Gordon Brown. Kedua-dua pihak telah memberikan penilaian yang positif terhadap perkembangan hubungan dua hala, dan bersetuju untuk meningkatkan lagi hubungan China-Britain.

Kedua-dua pihak juga mencapai persepakatan untuk meningkatkan penyelarasan dan kerjasama, menentang faham perlindungan perdagangan dan bersama-sama menangani krisis kewangan dunia.

Dalam lawatan tersebut, kedua-dua pihak telah mengeluarkan Kenyataan Bersama China-Britain tentang Meningkatkan Kerjasama bagi Menangani Krisis Kewangan Antarabangsa. Di samping itu, beberapa dokumen kerjasama dua hala yang melibatkan pelaburan perdagangan, tenaga elektrik dan komunikasi, harta intelek dan pembangunan bandar telah ditandatangani.

Wen Jiabao juga telah menyampaikan ucapan di Universiti Cambridge. Beliau berjanji bahawa China akan berpegang pada dasar pintu terbuka, dan mewujudkan pembangunan secara harmoni bersama-sama dengan negara-negara lain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China