Cari:
Wen Jiabao Sampaikan Syarahan di Universiti Cambridge Britain
2009-02-03 17:10:45 CRI Cetak

Wen Jiabao telah memperkenalkan sejarah dan keadaan semasa China. Beliau menyatakan bahawa China telah mencapai kemajuan yang sangat besar. Jumlah ekonomi China menduduki tempat terdepan di dunia, walaupun China merupakan sebuah negara membangun dan masih mempunyai banyak kekurangan berbanding dengan negara-negara maju. Beliau berjanji bahawa China akan terus melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, dan berkembang maju secara harmoni dengan negara-negara lain di dunia untuk mencapai kemajuan bersama. Beliau berkata bahawa negara kuat yang pasti melaksanakan dasar hegemonisme di dunia. Ini tidak sesuai dengan China, kerana ia berbeza dengan tradisi budaya China dan melanggar hasrat rakyat China. Pembangunan China tidak menjejaskan atau mengancam negara lain. China sebagai sebuah negara besar yang damai, belajar dan bekerjasama untuk membangunkan sebuah dunia yang harmoni.

Ketika memperkatakan isu krisis kewangan sejagat, Wen Jiabao menyatakan bahawa China berusaha untuk mengadakan kerjasamayang rapat dengan pelbagai pihak untuk menangani krisis ini. Menurut beliau, ini merupakan tugas utama.

Wen Jiabao juga menjelaskan bahawa China telah mengambil tindakan untuk menangani krisis kewangan ini. Beliau berkata, pertama, kerajaan China melaksanakan rancangan dua tahun, termasuk memperuntukkan 4 ribu bilion yuan RMB untuk merangsang permintaan dalam negeri dan pelaburan sosial. Kedua, melaksanakan secara besar-besaran rancangan pembagnunan dan penyusunan semula syarikat. Ketiga, giat meningkatkan kemajuan dan pembaharuan sains dan teknologi kerana sains dan teknologi merupakan asas untuk mengatasi krisis kewangan. Keempat, meningkatkan secara besar-besaran tahap jaminan sosial. Pembangunan pendidikan juga diberi keutamaan. Kami melaksanakan dasar yang positif untuk menyediakan lebih banyak peluang kerja kepada lulusan pengajian tinggi dan pekerja di desa.

Wen Jiabao berkata bahawa krisis kewangan ini memberi peingatan supaya kita merenung kembali mekanisme ekonomi dan teori ekonomi sekarang secara mendalam.

Beliau berkata bahawa kita mengetahui daripada krisis kewangan ini bahawa pasaran tidak memainkan peranan yang serba boleh. Jikalau perkara ini diremehkan, kekacauan susunan ekonomi dan agihan masyarakat yang tidak adil pasti berlaku. Pembaharuan pasaran tidak membiarkan mekanisme pasaran dan kawalan makro negara berada di pihak lawan. Krisis kewangan sejagat ini membuktikan bahawa ekonomi pasaran yang bebas sudah terlalu mundur. Oleh itu, kita sepatutnya menjayakan hubungan antara pembaharuan sistem kewangan dan pemantauan kewangan, sektor kewangan dengan pembangunan ekonomi sebenar, simpanan wang denganperbelanjaan.

Ketika bercakap tentang hubungan antara China dengan negara -negara Eropah. Wen Jiabao berkata bahawa kerjasama China dan negara-negara Eropah berada di titik permulaan yang baru dalam sejarah. Kami yakin bahawa hubungan rakan strategik antara China dengan negara-negara Eropah pasti menjadi rapat secara menyeluruh. Isu perselisihan dan konflik antara satu sama lain tidak terjadi dalam sejarah. Kerjasama antara China dengan negara-negara Eropah mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Akhirnya, Wen Jiabao menyeru kalangan belia kedua-dua negara China dan Britain supaya saling belajar dan maju bersama agar hubungan antara China dengan Britain mencatat satu lembaran yang baru.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China