Cari:
Kerajaan Pelbagai Tempat di China Berusaha Sediakan Peluang Kerja kepada Penduduk
2009-02-09 16:18:40 CRI Cetak

Kesan negatif ekoran krisis kewangan sejagat terhadap ekonomi China semakin meningkat, dan terbukti dengan bertambah besarnya tekanan dalam bidang penyediaan peluang kerja di China sekarang ini. Bagi meringankan tekanan tersebut, kerajaan pelbagai tempat di China sedang mengambil langkah untuk menambah peluang kerja bagi penduduk yang terlibat.

Provinsi Guangdong ialah salah sebuah kawasan yang ekonominya berkembang paling pesat di China. Namun, ia juga dilanda dengan teruk oleh kesan negatif ekoran krisis kewangan sejagat ini. Penurunan jumlah eksport menyebabkan banyak perusahaan dan kilang di Guangdong yang terpaksa menghentikan operasinya, dan ini mengakibatkan ramai orang kampung yang mencari nafkah di bandar menganggur. Kerajaan Guangdong telah mengambil beberapa langkah, terutamanya membantu pengurusan syarikat supaya mereka dapat menyediakan lebih banyak peluang kerja.

Di bandar Dongguan, iaitu pangkalan industri pemprosesan yang bertujuan untuk eksport, kerajaan tempatan telah menyediakan tabung khas yang bernilai 2 bilion yuan RMB untuk menggalakkan dan membantu peralihan syarikat yang terlibat dengan industri pemprosesan, membantu syarikat kecil dan sederhana serta syarikat industri pemprosesan untuk menyelesaikan kesukaran mengumpul dana. Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Dongguan, Encik Liu Zhigeng berkata:

"Kami akan membantu syarikat yang sedia ada di Dongguan untuk membina semula keyakinan di samping berusaha menarik syarikat-syarikat daripada senarai 500 syarikat terbesar di dunia untuk menjalankan perusahaan mereka di bandar ini. Pada masa depan, kami akan berusaha membangunkan industri, terutamanya industri berteknologi tinggi."

Di provinsi Anhui yang terletak di kawasan tengah China, jumlah penganggur dan petani yang pulang dari bandar ke kampung bertambah banyak. Oleh yang demikian, kerajaan Anhui telah menubuhkan jabatan khas untuk melaksanakan penyelarasan dengan pelbagai syarikat. Mlah, pihak kerajaan Anhui juga telah menghantar lebih 60 orang pegawai ke pelbagai syarikat untuk membantu mereka menangani masalah ini. Ketua Jawatankuasa Ekonomi Anhui, Encik Zhao Bingyun berkata:

"Langkah membantu yang dibaut oleh kerajaan terhadap 51 buah syarikat ini akan berlangsung selama setahun. Syarikat-syarikat ini dipilih terutamanya kerana mereka mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan pasaran, atau keadaan pengurusannya baik tetapi hanya kekurangan cairan dana dan sebagainya."

Kerajaan di pelbagai tempat di China turut mengambil langkah untuk membantu orang kampung yang dulunya mencari nafkah di bandar untuk mendapat kerja selepas kembali ke kampung. Di provinsi Sichuan, seramai lebih sejuta petani pulang ke kampung masing-masing kerana dibuang kerja ekoran krisis kewangan. Ketika melawat beberapa bandar di Sichuan, wartawan diberitahu bahawa kerajaan tempatan telah mengambil pelbagai langkah, termasuk mengadakan kursus dan latihan teknik untuk membantu kaum tani tersebut mendapatkan kerja semula.

Di bandar Ziyang Sichuan, usaha kerajaan tempatan telah membantu lebih 20 ribu petani untuk mendapatkan kerja semula. Puan Yu Shiying yang kembali dari Jiangsu mendapat peluang berkerja di sebuah kilang pembuat kasut selepas menjalani latihan yang ditawarkan oleh kerajaan. Beliau berkata:

"Saya kembali dari Jiangsu pada penghujung bulan November lalu, dan saya mula bekerja di kilang ini selepas menjalani latihan. Gaji dasar saya 1,200 yuan sebulan dan syarikat ini turut membayar insurans perubatan saya dan menyediakan jaminan persaraan kepada saya."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China