Cari:
Masyarakat Antarabangsa Diharap Dapat Memahami Pendirian China dalam Isu Tibet
2009-02-10 17:38:29 CRI Cetak
Masyarakat antarabangsa diharap dapat memahami pendirian China dalam isu Tibet, dan menghormati serta menyokong segala tindakan yang diambil oleh kerajaan China untuk memelihara kedaulatan negara, kepentingan rakyat pelbagai etnik, dan kestabilan masyarakat.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar, Jiang Yu di Beijing hari ini.

Diberitakan bahawa beberapa orang ahli Parlimen Itali telah menemui Dalai Lama semalam. Bandar Rome pun menganugerahkan gelaran "penduduk kehormat" kepada Dalai Lama tanpa mempedulikan bantahan keras daripada China.

Jiang Yu mengatakan bahawa tindakan Itali tersebut telah melukakan perasaan rakyat China, dan dibantah keras oleh rakyat China.

Beliau berharap agar pihak Itali segera menghentikan tindakan tersebut, untuk menjamin supaya hubungan dua hala terus berkembang dengan sihat dan stabil.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China