Cari:
Presiden China Mulakan Lawatannya yang pertama ke Luar Negara bagi Tahun 2009
2009-02-10 16:23:21 CRI Cetak

Presiden China Hu Jintao berlepas dari Beijing dengan menaiki pesawat khas untuk memulakan lawatan ke Arab Saudi, Mali, Senegal, Tanzania dan Mauritius pada tengah hari tadi. Lawatan yang akan berlangsung selama lapan hari ini merupakan lawatan kali pertama bagi presiden China pada tahun 2009 ini.

Negara-negara yang dipilih menjadi destinasi lawatan Hu Jintao kali ini adalah kawan lama dan ada juga kawan baru bagi China. Penolong Menteri Luar China, Zhai Jun ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan penghargaan yang tinggi terhadap hubungan China dengan kelima-lima negara tersebut. Ketika menyebut sasaran lawatan Hu Jintao kali ini, beliau menyatakan:

"Diharapkan lawatan Hu Jintao kali ini dapat memperkukuh hubungan persahabatan dan hubungan strategik China-Arab Saudi, mendorong kerjasama antara China dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), menggalakkan pelaksanaan perjanjian yang dicapai dalam Sidang Kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika, meningkatkan hubungan rakan strategik yang baru antara China-Afrika, serta menjayakan kerjasama dan persahabatan antara China dengan keempat-empat negara Afrika itu."

Arab Saudi dipilih sebagai negara pertama dalam lawatan Hu Jintao. Walaupun hubungan diplomatik China-Arab Saudi hanya terjalin lebih 10 tahun yang lalu, namun, hubungan antara kedua-dua negara telah berkembang dengan pesat, bahkan hubungan persahabatan dan hubungan strategik juga telah dibentuk. Arab Saudi tetap merupakan rakan dagang yang terbesar bagi China di kawasan Asia Barat dan Afrika, dan juga merupakan negara yang paling banyak mengeksport petrolium ke China. Encik Zhai Jun dalam ucapannya tidak menafikan adanya masalah tentang kerjasama China-Arab Saudi dalam bidang sumber tenaga, tetapi beliau menegaskan bahawa kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang infrastruktur, pendidikan dan kebudayaan terus berkembang pesat. Menurut beliau, dalam tempoh lawatan di negara itu, Hu Jintao akan melawat projek pengeluaran simen yang kilangnya dibina oleh syarikat China.

(Zhai Jun diwawancara oleh pemberita CRI)

Zhai Jun menyatakan bahawa, Hu Jintao juga akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha GCC, Abdul Rahman al-Attiyah ketika berada di Arab Saudi untuk bertukar-tukar pendapat dengan beliau tentang usaha meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Perkembangan hubungan China-Afrika sering mendapat perhatian umum. Naib Ketua Institusi Pengajian Asia dan Afrika di Institut Kajian Hubungan Antarabangsa China, Encik Xu Weizhong menjangka tiga bidang akan menjadi tumpuan perhatian dalam lawatan Hu Jintao ke Afrika ini. Katanya:

"Pertama, hasil kerjasama yang dicapai oleh Forum Kerjasana China-Afrika yang akan dinilai pada tahun ini, dan plan kerjasama yang baru akan dirancangkan; kedua, kedua-dua pihak akan membincangkan langkah kerjasama untuk mengatasi krisis kewangan sejagat; dan ketiga, tindakan yang akan diambil oleh kedua-dua pihak untuk menangani masalah yang muncul dalam proses kerjasama."

Encik Zhai Jun menyatakan bahawa krisis kewangan sejagat telah menyebabkan syarikat-syarikat China di Afrika menghadapi kesukaran dalam aspek pengurusan. China sedang mengambil langkah yang sesuai dan meningkatkan kerjasama dengan negara Afrika untuk mengurangkan kesan negatif daripada krisis kewangan sekarang ini. Katanya:

"China akan berusaha memastikan langkah berkait dengan lapan perkara yang dikemukakan oleh Hu Jintao dalam Forum Kerjasama China-Afrika tahun 2006 dilaksanakan dengan baik dan terus menggalakkan syarikat China melabur di negara Afrika. Kami yakin dengan usaha bersama-sama, kedua-dua pihak tentu akan berjaya mengatasi kesan buruk daripada krisis kewangan sejagat terhadap kerjasama China-Afrika ini."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China