Cari:
Kerajaan China Arahkan Membantu Rakyat Mendapatkan Kerja
2009-02-10 18:57:53 CRI Cetak

Kerajaan China telah mengelaurkan arahan kepada badan-badan pelbagai tempat dan meminta mereka supaya berusaha melaksanakan tindakan untuk meningkatkan permintaan dalam negeri dan memberikan bantuan kepada rakyat yang mencari kerja.

Arahan yang diumumkan oleh Laman Web Kerajaan China hari ini meminta badan-badan tersebut untuk melaksanakan dasar bagi membantu lulusan universiti, penganggur, petani dari desa dan tentera yang telah tamat perkhidmatannya mendapatkan kerja. Pihak-pihak yang berkenaan perlu meringankan beban syarikat dan menggalakkan mereka mengekalkan jawatan yang sudah ada, mengawal tindakan mengurangkan jumlah pekerja dan menjamin kepentingan pekerja. Arahan itu juga menyatakan bahawa kerajaan akan terus meningkatkan dasar bantuan seperti mengurangkan kutipan cukai, dan menggalakkan pekerja mencari kerja melalui pelbagai cara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China