Beliau mengemukakan cadangan yang berkaitan dengan kaedah untuk mengembangkan hubungan persahabatan dua hala, termasuklah mengekalkan lawatan pemimpin peringkat tinggi, memajukan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, dan meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu-isu utama di peringkat antarabangsa dan serantau.
Raja Abdullah Abdul-Aziz amat bersetuju dengan cadangan Hu Jintao tersebut. Beliau menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk mempererat kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, dan bersedia bertukar-tukar pandangan dengan China berhubung dengan isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.
Selepas rundingan tersebut berakhir, kedua-dua pihak telah menandatangani 5 buah perjanjian kerjasama, yang meliputi bidang tenaga, kesihatan, kuarantin, pengangkutan dan kebudayaan.