Cari:
76 Suspek yang Terlibat dalam Rusuhan 14 Mac Lhasa Dihukum
2009-02-11 11:55:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setakat ini, 953 orang suspek yang terlibat dalam rusuhan pada 14 Mac 2008 di Lhasa telah ditangkap, antaranya 76 orang telah dijatuhi hukuman.

Demikian dinyatakan oleh Naib Pengarah Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Autonomi Tibet, Nyima Tsering dalam sidang akhbar di Lhasa malam tadi.

Beliau menyatakan bahawa niat segelintir orang untuk menghasut penduduk Tibet supaya mengadakan aktiviti memperingati ulang tahun pertama berlakunya rusuhan 14 Mac itu, tidak akan tercapai.

Beliau menyifatkan tindakan beberapa buah negara dan bandar yang menganugerahkan gelaran "penduduk kehormat" kepada Dalai Lama, dan kekerapan mereka menemuinya baru-baru ini, sebagai mencampuri urusan dalaman China. Beliau berharap agar pihak-pihak yang terbabit jangan membiarkan isu Tibet menjejaskan hubungan mereka dengan China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China