Cari:
CPI China Terus Menurun pada Bulan Januari Tetapi Deflasi Tidak akan Berlaku pada Tahun 2009
2009-02-11 15:49:50 CRI Cetak

Menurut statistik yang diumumkan oleh Biro Statistik Negara China semalam, kadar peningkatan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Januari lalu telah menurun secara berterusan dalam tempoh sembilan bulan lalu, iaitu hanya meningkat 1.0% berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2008. Di samping itu, Indeks Harga Pengeluar (PPI) pula, menurun pada kadar 3.3%. Pakar yang berkenaan di China menyatakan bahawa kedua-dua angka tersebut menggambarkan bahawa tekanan kepada ekonomi makro China terus meningkat, tetapi tidak akan menyebabkan berlakunya deflasi sepanjang tahun 2009 ini.

Menurut statistik tersebut, harga makanan China bagi bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 4.2% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2008. Kenaikan harga makanan ini berlaku terutamanya disebabkan oleh cuti Tahun Baru China. Naib Ketua Institusi Kewangan dan Sekuriti Universiti Rakyat China, Encik Zhao Xijun menyatakan bahawa kadar kenaikan tersebut sama dengan jangkaan mereka sebelum ini. Katanya,

"Sambut Tahun Baru China pada bulan Januari tentu menimbulkan perbelanjaan yang lebih banyak bagi rakyat China, sehinggakan harga barang pengguna terus meningkat. Misalnya, harga makanan telah meningkat pada kadar 4.2%, dan ini jelas menggambarkan perbelanjaan rakyat dalam bidang makanan lebih banyak."

Pada umumnya, para pakar China berpendapat bahawa kadar kenaikan bulanan CPI akan terus menurun dan akan terus kekal pada tahap yang rendah bagi setengah tahun pertama tahun ini. Malah pada bulan Februari ini, CPI dijangka tidak akan meningkat buat kali pertama sejak bulan Disember tahun 2002.

Menurut statistiknya, kadar penurunan PPI akan lebih besar daripada jangkaan. Encik Zhao Xijun menganggap bahawa ini membuktikan bahawa kesan negatif ekoran krisis kewangan yang dialami oleh syarikat China lebih besar daripada dijangkakan. Katanya,

"Penurunan PPI menggambarkan harga sumber tenaga dan bahan mentah di pasaran antarabangsa mulai menurun, dan kos import bagi China menurun dengan banyak. Hal ini juga turut menyebabkan harga bahan mentah dalam pasaran China menurun, sehingga harga barang yang dikeluarkan menurun lagi. Keadaan ini membuktikan bahawa syarikat-syarikat China memang terjejas akibat krisis kewangan sejagat sekarang."

Harga pengeluar industri bagi bulan Januari lalu, memperlihatkan keadaan naik dan turun. Antaranya, harga pengeluar sektor pencarigalian arang batu meningkat lebih 20%, manakala harga pengeluar petrolium dan minyak tanah juga meningkat kedua-duanya.

Walaupun beberapa tanda yang menggalakkan muncul dalam perkembangan ekonomi China, tetapi penurunan terus CPI dan PPI menimbulkan kebimbangan terhadap deflasi. Sehubungan dengan hal ini, Encik Zhao Xijun berkata,

"Pada bulan Disember tahun 2008 dan bulan Januari yang lalu, bekalan wang pinjaman cukup banyak. Di samping itu, Bank Rakyat China dan kerajaan giat sekali memastikan wang beredar. Dengan keadaan yang ada sekarang ini, kami tidak mendapati tanda risiko deflasi."

Ahli ekonomi dari pejabat wakil Bank Pembangunan Asia di China, Encik Zhuang Jian juga berpendapat deflasi tidak akan berlaku di China pada tahun ini walaupun China akan menghadapi tekanan deflasi dalam jangka pendek.

Pakar China dalam bidang ini menganggap bahawa inilah peluang yang baik untuk menyusun semula struktur ekonomi dan menjalankan peralihan bagi syarikat, iaitu ketika pembangunan ekonomi menjadi perlahan. Maka, kerajaan China perlu berusaha dalam bidang ini untuk memastikan mutu pertumbuhan ekonomi baik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China