Cari:
China dan GCC Capai Persepakatan untuk Sempurnakan Mekanisme Kerjasama
2009-02-12 08:45:39 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao telah menemui Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Abdul Rahman Al-Attiyah di Riyadh petang semalam, waktu tempatan. Kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan untuk menyempurnakan mekanisme kerjasama dua hala.

Hu Jintao mengemukakan cadangan yang berkaitan dengan kaedah untuk mengembangkan hubungan antara kedua-dua pihak, termasuklah memulakan mekanisme dialog strategik China-GCC secepat mungkin; berusaha supaya perjanjian tentang penubuhan zon perdagangan bebas ditandatangani seawal yang mungkin; meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam bidang pelaburan dan kewangan bagi menangani kesan akibat krisis kewangan global; dan, meningkatkan pertukaran dalam bidang kebudayaan dan pendidikan.

Abdul Rahman Al-Attiyah amat bersetuju dengan cadangan Hu Jintao tersebut. Beliau menyatakan harapannya supaya hubungan mereka dengan China dapat meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China