Hu Jintao menemui Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Abdul Rahman Al-Attiyah.
Presiden China, Hu Jintao telah mengakhiri lawatan rasminya di Arab Saudi hari ini, dan berlepas ke Mali dengan menaiki pesawat khas.
Dalam tempoh lawatannya itu, Hu Jintao telah mengadakan rundingan dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdul-Aziz di Riyadh. Kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan untuk meningkatkan hubungan persahabatan strategik dua hala, di samping mempererat kerjasama dalam menangani krisis kewangan global. Beliau telah mengemukakan cadangan yang berkaitan dengan kaedah untuk mengembangkan hubungan persahabatan dua hala. Kedua-dua pihak juga telah menandatangani 5 buah perjanjian kerjasama, yang meliputi bidang sumber tenaga, kesihatan, kuarantin, pengangkutan dan kebudayaan.
Selain itu, Hu Jintao juga telah menemui Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Abdul Rahman Al-Attiyah. Kedua-dua pihak telah berbincang dan mencapai persepakatan untuk menyempurnakan mekanisme kerjasama dua hala.