Cari:
Meningkatkan Kerjasama antara China-Arab Saudi untuk Manfaat Rakyat Kedua-dua Negara
2009-02-12 14:57:36 CRI Cetak

Lawatan Presiden China, Hu Jintao ke Arab Saudi memasuki hari kedua semalam. Presiden Hu telah melawat program kerjasama antara syarikat dan badan penyelidikan China dengan pihak Arab Saudi.

Pada sebelah pagi semalam, waktu tempatan, Presiden Hu dan rombongannya telah melawat tapak projek pengeluaran simen milik Syarikat Simen Riyadh yang jaraknya 75 kilometer di sebelah barat bandar Riyadh. Kilang simen ini dibina oleh Syarikat Kejuruteraan Antarabangsa Zhongcai China. Ketika melawat pusat kawalan kilang ini, Hu Jintao telah bertanya-tanya tentang operasi rangkaian produk di kilang ini.

(Hu Jintao Melawat Syarikat Simen Riyadh)

Bahan-bahan binaan, termasuk simen yang diperlukan oleh negara-negara Asia Barat biasanya bergantung pada import dari negara lain. Itulah sebabnya negara-negara di rantau ini, termasuk Arab Saudi amat memberikan perhatian kepada usaha untuk meningkatkan kemampuan pengeluaran sendiri. Kebetulan Syarikat Kejuruteraan Antarabangsa Zhongcai China mempunyai teknologi yang tinggi dalam bidang yang berkenaan di arena antarabangsa. Buat masa ini, syarikat ini telah menandatangani kontrak kejuruteraan dengan Arab Saudi untuk membina 7 rangkaian produk simen, lima daripadanya sudah pun beroperasi. Apabila semua rangkaian produk ini siap dibina, jumlah pengeluarannya dijangka akan memenuhi sekurang-kurangnya 40% daripada jumlah pengeluaran simen di Arab Saudi. Penolong Pengurus Besar Syarikat Simen Riyadh yang menemani Presiden Hu Jintao dalam lawatan itu, Encik Naseeruddin Siddiquie memberitahu wartawan bahawa mereka berasa amat puas hati terhadap kerjasama dengan syarikat China dan memberikan penghargaan yang tinggi kepada pekerja dari China. Kata beliau:

"Kerjasama antara syarikat kami dengan syarikat China amat lancar. Kerjasama kami telah berlangsung selama empat tahun, dan kaedah kerjasama yang berjaya ini telah menjadi contoh kepada pihak lain."

Beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara China dengan Arab Saudi bukan sahaja melibatkan perdagangan, sumber tenaga, projek pembinaan dan pelaburan antara satu sama lain, malah, sektor penyelidikan sains juga menjadi bidang utama dalam kerjasama kedua-dua negara ini. Presiden Hu Jintao semalam turut melawat tapak tempatan dijalankan rancangan penyelidikan gen tamar China-Arab Saudi. Projek ini merupakan projek pertama yang dilaksanakan selepas Perjanjian Rangka Kerjasama Sains dan Teknologi China-Arab Saudi ditandatangani oleh kedua-dua negara.

(Hu Jintao Melawat Tapak Tempatan Dijalankan Rancangan Penyelidikan Gen Tamar China-Arab Saudi)

Tamar ialah sejenis tanaman ekonomi yang paling penting bagi rantau Asia Barat dan Afrika Utara. Pengeluaran tamar di Arab Saudi sahaja mewakili 15% jumlah pengeluaran di dunia. Rancangan penyelidikan tersebut merupakan program penyelidikan yang melibatkan sains hanyat yang dijalankan bersama-sama oleh Institusi Gen Beijing Akademi Sains China dengan Arab Saudi di bawah sokongan dana kerajaan Arab Saudi. Tujuan rancangan ini adalah untuk menganalisis gen tamar bagi mencegah penyakit tumbuhan dan serangga perosak serta memperbaiki mutu spesis tamar untuk meningkatkan jumlah pengeluarannya. Sekarang terdapat seramai 11 orang penyelidik dari China yang bekerja di Arab Saudi. Kedua-dua pihak merancang menyelesaikan program penyelidikan ini dalam masa tiga tahun, dan akhirnya mengumumkan susunan gen tamar kepada dunia.

Ketika menyebut tentang kerjasama sains dan teknologi antara China dengan Arab Saudi, Presiden Hu Jintao berkata:

"Kerajaan China, sama juga dengan kerajaan Arab Saudi amat memberikan perhatian kepada pengembangan usaha sains dan teknologi, dan memandang kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang ini amat penting. Saya berharap semoga program kerjasama penyelidikan gen tamar yang dilaksanakan oleh ahli sains kedua-dua negara ini berjaya dan akan mendorong kerjasama China-Arab Saudi dalam bidang sains dan teknologi."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China