Cari:
China Akan Laksanakan Tindakan Membantu Afrika dengan Bersungguh-sungguh
2009-02-13 09:52:28 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao ketika berunding dengan rakan sejawatnya dari Mali, Toumany Toure di Bamako semalam, menyatakan bahawa China akan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh pelbagai tindakan membantu Afrika yang ditetapkan dalam Sidang Kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika. Antaranya, termasuklah, terus menambah bantuan kepada Afrika, mengurangkan atau mengecualikan hutang negara-negara Afrika, memperluas perdagangan dan pelaburan di Afrika, dan meningkatkan kerjasama yang pragmatik antara kedua-dua pihak.

Hu Jintao menegaskan bahawa China bersedia meningkatkan pertukaran dan komunikasi dengan negara-negara Afrika, termasuk Mali, untuk bersama-sama menangani tempias krisis kewangan global kini.

Toumany Toure mengucapkan terima kasih kepada China atas sumbangannya terhadap Mali sejak sekian lama. Beliau menyatakan bahawa pihaknya amat menghargai persahabatan dengan China, dan akan berusaha untuk mempererat kerjasama dengan China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China