Cari:
China dan Senegal Capai Persepakatan Untuk Tingkatkan Komunikasi dan Penyelarasan
2009-02-14 14:45:05 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao telah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Senegal, Abdoulaye Wade di Dakar semalam, waktu tempatan. Kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu-isu utama di peringkat antarabangsa dan serantau.

Hu Jintao menyatakan bahawa China bersedia berusaha bersama-sama dengan Senegal untuk mempererat kerjasama dua hala yang pragmatik, agar dapat membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau menegaskan bahawa pelbagai tindakan membantu Afrika yang ditetapkan dalam Sidang Kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika, tidak akan terbantut akibat krisis kewangan global. China bersedia meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan negara-negara Afrika, termasuk Senegal, untuk bersama-sama mengatasi kesukaran sekarang.

Abdoulaye Wade pula menyatakan bahawa pihaknya amat berpuas hati terhadap kerjasama mereka dengan China. Beliau mengucapkan terima kasih kepada China atas sumbangnya terhadap Senegal dalam bidang pembinaan infrastruktur, pertanian, kebudayaan, pendidikan dan kesihatan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China