Cari:
Hu Jintao Melawat Tanzania
2009-02-15 14:21:44 CRI Cetak

Presiden China Hu Jintao telah tiba di Dar Es Salaam, ibu kota Tanzania malam tadi dan memulakan lawatan rasmi ke negara itu atas undangan Presiden Tanzania, Jakaya Mrisho Kikwete. Ini merupakan kali pertama Presiden China melawat Tanzania.

Hu Jintao ketika menyampaikan ucapan di lapangan terbang menyatakan bahawa sejak menjalinkan hubungan diplomatik 45 tahun yang lalu, hubungan China-Tanzania berkembang dengan sihat dan lancar, dan telah menjadi contoh baik kerjasama persahabatan bagi China dengan negara-negara Afrika, malah negara-negara membangun. Beliau berharap lawatan ini dapat memberikan sumbangan untuk meningkatkan lagi persahabatan, mempergiat kerjasama, dan mendorong pembangunan bersama antara kedua-dua negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China