Cari:
China akan Terus Galakkan Perkembangan Hubungan Rakan Strategik China-Afrika
2009-02-16 10:50:23 CRI Cetak

China berjanji akan terus melaksanakan pelbagai langkah bantuan yang ditetapkan dalam Sidang Kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika dan mendorong hubungan rakan strategik China-Afrika terus berkembang. Presiden China, Hu Jintao berkata demikian semalam ketika diwawancara oleh wartawan di Dar Es Salaam, ibu kota Tanzania.

Beliau berkata, ini merupakan lawatannya ke Afrika kali ke-6 dan merupakan kali kedua bagi beliau melawat Afrika selepas Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika berakhir. Tujuan lawatannya kali ini adalah untuk memperkukuh hubungan persahabatan, meningkatkan kerjasama, bersama-sama menghadapi cabaran dan melaksanakan pembangunan dengan negara-negara Afrika. Dalam tempoh lawatan, beliau bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin negara berkenaan tentang hubungan dua hala dan masalah serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama serta mencapai banyak persepakatan. Beliau menegaskan, walaupun krisis kewangan sejagat yang berlaku sekarang mendatangkan kesukaran kepada pembangunan ekonomi China, sebagaimana juga kepada Afrika, tetapi ini tidak akan menjejaskan usaha China untuk meningkatkan kerjasama dengan Afrika.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China