Presiden China, Hu Jintao berkata, hubungan China-Afrika berjaya mengalami ujian masa dan perubahan situasi antarabangsa. Pada masa lalu, sekarang mahu pun masa depan, rakyat China amat menghargai persahabatan tradisional dengan Afrika dan sentiasa melihat rakyat Afrika sebagai kawan yang penuh dipercayai.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis sambutan untuk lawatan beliau yang diadakan oleh pelbagai kalangan masyarakat Tanzania, di Dar Es Salaam semalam.
Hu Jintao menyatakan kesediaan China untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara Afrika melalui usaha dalam enam bidang, pertama, bersama-sama mengatasi cabaran yang didatangkan krisis kewangan sejagat; kedua, meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain dan memperkukuh dasar politik yang bersahabat antara China dengan Afrika; ketiga, saling menguntungkan dan meningkatkan tahap kerjasama ekonomi dan perdagangan; keempat, memperluaskan pertukaran lawatan dalam bidang kebudayaan; kelima, meningkatkan penyelarasan dalam menangani urusan antarabangsa; dan keenam, bersama-sama mendorong perkembangan forum kerjasama China-Afrika.
Hu Jintao mengakiri lawatannya di Tanzania hari ini dan menuju ke Mauritius untuk meneruskan lawatan di sana.