Pertumbuhan ekonomi China dilihat kian pulih, manakala pendapatan dan perbelanjaan antarabangsa secara umumnya berada pada tahap yang memuaskan.
Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Tukaran Asing Negara China, Encik Deng Xianhong berkata di Beijing hari ini, walaupun jumlah keseluruhan import-eksport China menurun dengan nyata dan kadar pertumbuhan pelaburan asing menjadi perlahan pada bulan lalu, tetapi situasi pendapatan dan perbelanjaan antarabangsa agak seimbang. Menurut statistik, sehingga penghujung tahun lalu, rizab mata wang asing mencatat 1.95 trilion dolar Amerika, meningkat lebih 27% berbanding tahun 2007.
China akan terus mengekalkan sistem kadar tukaran mata wang RMB yang terapung pada tahap yang terkawal.
Menurut Encik Deng, pasaran China masih mempunyai daya tarikan bagi modal asing.