Cari:
Nguyen Thi Tuyet, Wanita Vietnam yang Berniaga di Dongxing
2009-02-18 11:09:52 CRI Cetak

Pintu keluar masuk sempadan Dongxing yang terletak di tebing suangi Beilun, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China, merupakan satu satunya pintu keluar masuk peringkat I negara yang berhubung dengan Vietnam dari darat dan laut. Setiap hari, lebih ribuan orang penduduk China yang tinggal di kawasan sempadan menuju ke Mong Cai, sebelah Vietnam, untuk bekerja atau berniaga di sana. Di samping itu, ramai juga warga Vietnam yang datang ke Dongxing untuk berniaga atau mencari rezeki. Dalam ruangan hari ini, kami akan memperkenalkan tiga orang peniaga Vietnam yang berniaga di Dongxing.

Pada kira-kira pukul 10 pagi setiap hari, sekumpulan wanita Vietnam yang memakai topi jalur buluh dan berpakaian baju tradisional Vietnam selalu berada di sekitar Pasar Pakaian Antarabangsa Wanzhong yang mendapat kunjungan ramai. Wanita-wanita Vietnam tersebut adalah penjual kaki lima yang menjual beberapa jenis barangan Vietnam seperti air wangi berjenama Perancis, krim untuk mengubati cedera kerana terseliuh dan rokok buatan Vietnam. Nguyen Thi Tuyet yang berusia 29 tahun adalah seorang daripada mereka. Dia yang mahir bercakap dalam bahasa Mandarin memperkenalkan barangan dijualnya kepada seorang pelancong China. "Belilah sedikit barang dari Vietnam. Krim ini mempunyi fungsi yang amat baik, harganya 4 Yuan sahaja." Pelancong China yang tertarik oleh krim tradional Vietnam itu membaca maklumat yang tertulis dengan teliti. Nguyen Thi Tuyet pula berkata: "Saya membawa krim ini dari Vietnam. Dengan menjual sekotak, saya hanya memperoleh untung 20 sen sahaja."

Dengan kaedah promosinya yang amat berkesan ini, pelancong China yang bersedia membeli krim itu terus mengeluarkan dompetnya. Melihat keadaan ini, Nguyen Thi Tuyet cepat-cepat mengambil keluar sebotol lagi minyak urat tradisional Vietnam yang juga berfungsi untuk mengubati anggota yang terseliuh, sambil berkata: "Ubat ini juga mempunyai fungsi yang mujarab, dan selalu diperkenalkan dalam iklan. Saya bagi saudara 6 Yuan sebotol."

Biasanya, kebanyakan pelancong bersedia membeli sedikit sebanyak barang daripada wanita Vietnam tersebut dan mengambil gambar bersama-sama mereka untuk dijadikan kenang-kenangan. Akhirnya, pelancong itu bersetuju berbelanja 15 Yuan untuk membeli sekotak krim, sebotol minyak urat dan sekotak rokok buatan Vietnam dari Nguyen Thi Tuyet.

Kini, Nguyen Thi Tuyet sudah berniaga seperti ini selama 5 tahun di kawasan pintu keluar masuk Dongxing yang luasnya satu kilometer persegi ini. Pada sebelah pagi setiap hari, dia akan membawa barang dan buah-buahan Vietnam menyeberangi jambatan Sungai Beilun, datang ke Dongxing, di sebelah China. Dia memberitahu wartawan: "Saya berasal dari provinsi Thai Binh, Vietnam. Sekarang saya menyewa sebuah rumah di Mong Cai. Biasanya, saya balik ke rumah pada pukul 5 petang. Saya berbelanja 5 Yuan membeli mihun untuk makan tengah hari. Suami saya mencari rezeki dengan memandu motosikal sewa di Mong Cai."

Menurut Nguyen Thi Tuyet, kebanyakan penjual kaki lima di situ juga berasal dari Provinsi Thai Binh. Mereka mencari rezeki di luar kawasan kerana tidak ada tanah pertanian yang cukup di kampung mereka, dan hidup mereka di langsung agak susah. Dengan berbelanja 2 Yuan sebagai bayaran merentas sempadan, dan membayar 5 Yuan untuk makan tengah hari, Nguyen Thi Tuyet boleh memperoleh pendapatan berpuluh-puluh Yuan RMB sehari. Menurutnya, walaupun kerja berniaga seperti ini agak susah dan memenatkan, namun hasilnya jauh lebih baik daripada bercucuk tanam di kampung halaman.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China