Hu Jintao pulang ke Beijing selepas melawat ke Asia dan Afrika
2009-02-18 15:02:25 |
CRI |
|
Cetak |
Presiden Hu Jintao pulang ke Beijing dengan pesawat khas pagi tadi selepas menamatkan lawatan ke lima negara, iaitu Arab Saudi, Mali, Senegal, Tanzania dan Mauritius. Menteri Luar China, Yang Jiechi berkata dalam sidang akhbar hari ini, lawatan itu penting sebagai satu aktiviti diplomasi untuk memperdalam perhubungan China dengan negara-negara membangun pada era baru ini. Perhubungan China dengan negara Asia dan Afrika telah dikukuhkan dan persahabatan rakyat China dengan negara Asia dan Afrika semakin erat. Lawatan ini telah mencapai kejayaan yang penuh.