Cari:
China Laksanakan Dasar Penyediakan Peluang Kerja yang Proaktif
2009-02-20 11:29:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China akan melaksanakan dasar penyediaan peluang kerja yang proaktif untuk memastikan jaminan sosial. Naib Perdana Menteri China, Zhang Dejiang menyatakan demikian dalam sidang kerja modal insan dan jaminan sosial China semalam.

Menurut tinjauan terhadap syarikat di beberapa bandar, syarikat yang merancang menerima pekerja baru selepas cuti Tahun Baru China berkurang 20% berbanding dengan tahun lalu.

Zhang Dejiang menegaskan, kerajaan perlu meringankan beban cukai dan caj lain bagi syarikat-syarikat dan menawarkan rancangan latihan vokasional. Kerajan juga berusaha menyediakan peluang kerja kepada siswazah dan petani yang mencuba nasib di bandar serta menggalakkan usaha indivitu membentuk kerjaya sendiri.

Wartawan dimaklumkan dasar tentang menggalakkan syarikat tidak mengurangkan jumlah pekerja atau mengurangkan pekerja dengan skop kecil telah dikeluarkan. Selain itu, Kementerian Sumber Manusia dan Jaminan Sosial akan turut mengadakan pelbagai aktiviti untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai golongan bagi menyediakan peluang kerja kepada mereka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China