Cari:
China Bentuk Sistem Kepastian Kualiti Hasil Pertanian Tujuan Eksport
2009-02-20 09:38:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China membentuk sistem kepastian kualiti hasil pertanian tujuan eksport pada peringkat awal. Demikian dimaklumkan dalam sidang kerja pemeriksaan dan kuarantin tumbuhan dan haiwan import dan eksport China di Shanghai semalam.

Sekarang terdapat lebih 16 ribu syarikat eksport hasil pertanian yang berdaftar di China dan jumlah eksport hasil pertanian China melebihi 40 bilion dolar Amerika pada tahun 2008. China telah memasarkan ternakan lembu dan kambing ke pasaran Asia Barat dan Asia Tengah sementara buah-buahan seperti epal, limau, laici dan longan ke pasaran Eropah, A.S. dan Jepun.

China merancang menubuhkan sistem pengawasan bahan pencemaran makanan dan penyakit ekoran makanan yang tercemar di pelbagai provinsi, bandar, kaunti bahkan kawasan kampung di seluruh China pada tahun 2009 hingga 2010.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China