Menjelang Tahun Baru Tibet, banyak pasar raya di Lhasa mengadakan aktiviti promosi. Ramai penduduk tempatan membeli barang-barang untuk menyambut tahun baru dengan menggunakan kupon yang disediakan oleh kerajaan.
Bermula 23 Januari lalu, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet mula mengedarkan kupon yang bernilai 800 yuan RMB kepada 68,000 orang penduduk miskin yang berpendapatan rendah dan pesara dari perusahan milik negara. Inilah kali pertama bagi kerajaan Tibet menyediakan kupon kepada golongan yang berpendapatan rendah.