Cari:
Mesyuarat Khas Menteri Kewangan ASEAN+3 Bincang Langkah untuk Tangani Krisis Kewangan
2009-02-23 09:31:36 CRI Cetak

Mesyuarat Khas  Menteri-menteri Kewangan ASEAN+3 mengeluarkan Pelan Tindakan bagi Memulihkan Kestabilan Ekonomi dan Kewangan Asia semalam. Menteri Kewangan ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea itu memutuskan untuk meningkatkan kerjasama kewangan serantau bagi bersama-sama menangani krisis kewangan global dan kemerosotan ekonomi.

Menurut pelan tindakan itu, pelbagai pihak akan meningkatkan kerjasama kewangan dan ekonomi serantau, memperluaskan saiz modal Inisiatif Chiang Mai Pelbagai Pihak (CMIM) daripada 80 bilion dolar Amerika kepada 120 bilion dolar Amerika; menubuhkan sebuah unit pengawasan serantau bebas bagi menggalakkan pemantauan ekonomi objektif, dan menekankan peranan positif Pembangunan Asia (ADB) dalam melaksanakan program operasi pembiayaan bersama bagi mengumpul sumber untuk memenuhi keperluan infrastruktur dan pelaburan serantau.

Menteri Kewangan China, Xie Xuren menerangkan keadaan ekonomi makro China semasa dan langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menangani krisis kewangan. Beliau menyeru pihak-pihak berkenaan meningkatkan penyelarasan dan kerjasama, bersama-sama menentang fahaman perlindungan perdagangan dan terus berusaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi untuk memelihara kestabilan ekonomi dan kewangan serantau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China