Kira-kira 50 ribu orang pelajar cemerlang institusi pengajian tinggi menerima Biasiswa Negara China Tahun 2007-2008.
Dalam majlis pemberian biasiswa yang diadakan di Beijing semalam, ahli Dewan Negara, Liu Yandong berkata, selain daripada sistem biasiswa negara, China juga menubuhkan sistem bantuan pelajar miskin yang dapat membantu kira-kira 180 juta orang pelajar setiap tahun.
Liu Yandong menekankan, China akan giat berusaha untuk mewujudkan pendidikan yang saksama meskipun krisis kewangan antarabangsa menyulitkan usaha tersebut. Kerajaan berjanji untuk membantu pelajar miskin supaya setiap kanak-kanak dapat menikmati peluang pendidikan.