Cari:
China Berusaha Meningkatkan Keupayaan Kaum Tani yang Hidup Susah untuk Mengatasi Kemiskinan
2009-02-23 16:10:21 CRI Cetak

China mula menyediakan bantuan yang menyeluruh kepada kaum tani yang belum berjaya dan yang baru mula mengatasi masalah hidup, khususnya dari aspek kekurangan pakaian dan makanan pada tahun ini. Bantuan tersebut terutamanya berupa usaha meningkatkan keupayaan mereka untuk membaiki taraf hidup mereka. Pakar yang berkenaan berpendapat bahawa tindakan tersebut akan menambah jumlah kaum tani yang dapat menikmati dasar keutamaan tersebut serta amat berkesan untuk meningkatkan taraf hidup kaum tani yang miskin.

Menurut standard kerajaan China pada tahun 1980-an, penduduk yang jumlah pendapatan tahunannya di bawah 786 yuan RMB digolongkan sebagai orang miskin, dan jumlah jumlah pendapatan tahunannya antara 786 yuan hingga 1067 yuan digolongkan sebagai orang yang taraf hidupnya rendah. Walaupun kedua-dua golongan tersebut menikmati dasar keutamaan yang berlainan, kebanyakan mereka adalah kaum tani. Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat serta taraf hidup rakyat yang semakin tinggi, standard bagi golongan miskin perlu ditetapkan semula.

Pada akhir tahun yang lalu, kerajaan China telah mengubah suai standard bagi golongan miskin. Kaum tani yang jumlah pendapatannya di bawah 1067 yuan RMB pada setiap tahun juga menikmati dasar keutamaan kerajaan bagi golongan miskin. Menurut standard yang baru, jumlah penduduk yang dapat menikmati dasar keutamaan tersebut telah meningkat kira-kira 30 juta berbanding dengan masa dahulu. Selain itu, kerajaan juga memberikan perhatian yang tinggi untuk meningkatkan keupayaan golongan tersebut untuk mengatasi kemiskinan mereka sendiri.

Ketua Pengarah Akademi Ekonomi Nasional China, Fan Gang berkata bahawa pengubahsuaian standard tersebut amat berkesan untuk mengatasi kemiskinan di desa. Menurut beliau, kerajaan pelbagai peringkat juga perlu berusaha menyediakan peluang kerja bagi kaum tani yang miskin dan membantu mereka meningkatkan taraf kemahiran. Katanya, "Menyediakan peluang kerja merupakan kaedah yang paling penting dalam usaha mengatasi kemiskinan di desa. Oleh sebab itu, kerajaan perlu berusaha memajukan pendidikan vokasional di desa agar meningkatkan kemahiran pekerja."

Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di bahagian barat daya China mempunyai jumlah penduduk miskin yang lebih banyak berbanding dengan provinsi-provinsi lain. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan telah menghantar pasukan ahli sains dan teknologi ke desa untuk memberikan latihan teknologi penanaman dan penternakan kepada kaum tani. Nong Jiankuan, petani di kaunti Daxin dari wilayah tersebut amat tertarik dengan latihan yang diadakan ini. Katanya, "Pada masa dahulu, saya hanyalah menanam padi dan jagung. Selepas menerima latihan tersebut, saya mula menambah menanam tebu dan sayur. Jumlah pendapatan saya juga kian meningkat."

Jurucakap Jabatan Pimpinan Penerokaan dan Mengatasi Kemiskinan Dewan Negara, Jiang Xiaohua menyatakan bahawa kerajaan akan berusaha memajukan industri dan meningkatkan tahap pertumbuhan ekonomi di desa supaya dapat menyediakan lebih banyak peluang kerja kepada kaum tani. Katanya, "Kerajaan menggalakkan kawasan kurang maju menubuhkan syarikat yang besar dan menggalakkan syarikat besar dari bahagian timur untuk melabur di kawasan-kawasan tersebut.."

Menurutnya, krisis kewangan yang melanda seluruh dunia sekarang memberikan kesan yang besar kepada pekerja dari desa untuk mencari kerja di bandar. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah pada tahun ini untuk menyediakan peluang kerja kepada mereka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China