Cari:
Bank Pusat China Akan Tingkatkan Sokongan Kewangan terhadap Projek Perlindungan Alam Sekitar
2009-02-24 10:28:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Bank Rakyat China akan meningkatkan sokongan kewangan terhadap projek perlindungan alam sekitar.

Penolong Gabenor bank itu, Guo Qingping menegaskan semalam, projek-projek perlindungan alam sekitar kini menjadi penggalak untuk menjayakan usaha kerajaan untuk meningkatkan permintaan dalam negeri dan merancakkan ekonomi.

Bank pusat akan menyediakan persekitaran dasar yang baik supaya institusi-institusi kewangan menambah pelaburan terhadap projek ekonomi kitaran, penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, serta menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih mudah untuk menjayakan usaha tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China