China perlu berusaha mendorong pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta pembangunan modenisasi sosialisme pada tahun ini. Demikian ditegaskan dalam mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung, Hu Jintao di Beijing semalam. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan laporan kerja kerajaan Dewan Negara yang akan serahkan kepada Kongres Rakyat Kebangsaan untuk dibahaskan.
Dalam mesyuarat itu ditekankan, kerja kerajaan tahun ini perlu mengutamakan usaha menangani krisis kewangan antarabangsa dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mempan di samping menambah pelaburan kerajaan, dan meningkatkan tahap jaminan sosial. Selain itu, kerja kerajaan itu juga perlu bagi memperbaiki taraf kawalan makro, meningkatkan permintaan dalaman terutamanya perbelanjaan, menggalakkan perkembangan pertanian dengan stabil dan pertumbuhan pendapatan petani, agar memelihara kestabilan dan keharmonian masyarakat.