Cari:
Media Negara ASEAN Nilai Tinggi Mesyuarat Khas Menteri Kewangan ASEAN+3
2009-02-23 18:51:19 CRI Cetak

Akhbar Vietnam, Nhan Dan semalam melaporkan, Mesyuarat Khas Menteri Kewangan ASEAN+3 meluluskan Pelan Tindakan bagi Memulihkan Kestabilan Ekonomi dan Kewangan Asia bertujuan untuk membantu negara-negara berkenaan mengurangkan tekanan ekoran krisis kewangan. Memandangkan situasi sekarang ini, rantau Asia Tenggara akan menghadapi lebih banyak kesukaran dan cabaran. Oleh itu, negara-negara ASEAN perlu segera mengambil tindakan yang berkesan untuk memelihara pertumbuhan ekonomi Asia.

Laman sesawang Jakarta Post Indonesia menyiarkan rencana yang menyebut, mesyuarat tersebut memberi isyarat yang positif kepada pasaran kewangan bahawa negara-negara ASEAN akan memiliki sumber yang mencukupi untuk menangani pergolakan kewangan secara proaktif.

Laporan media-media dari Filipina pula memfokuskan kepada keputusan memperluaskan saiz modal Inisiatif Chiang Mai Pelbagai Pihak (CMIM) daripada 80 bilion dolar Amerika kepada 120 bilion dolar Amerika.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China